Salam 1 Malaysia... Pada hari ahad lepas, 25.08.2013 jam 5:00 petang, aku, suami, kawan suami dan isterinya, kami berempat menonton PAKU PONTIANAK.. Sebab aku ni suka menonton cerita seram, so aku buat keputusan nak tengok cerita ni. Hasilnya... Amat mengecewakan...
Sinopsis PAKU PONTIANAK
Filem arahan Ismail Bob Hashim ini melihatkan gandingan pertama kali Pekin Ibrahim bersama Uqasha Senrose di samping Hidayah Samsudin dan Along Eyzendy. Paku Pontianak berkisarkan Adam dan keluarganya menyuruh Melati tinggal bersama mereka selepas Melati dilanggar dalam satu kemalangan. Gadis yang bernama Melati itu menghidap amnesia dan lupa ingatan. Namun, kedatangannya di situ telah menyebabkan pelbagai kejadian misteri berlaku. Mungkin juga kisah silam Melati menghantui hidupnya.
PERSOALAN???
1- Siapa sebenarnya PONTIANAK?
2- Kenapa cerita seram di MALAYSIA ni, tak reti nak selitkan unsur KEAGAMAAN?
Bagi aku yang memang penggemar cerita seram, kecewa sangat2 dengan filem ni... Kepada ISMAIL BOB HASHIM, janganlah buat cerita seram yang ada tanda tanya... Erti kata lain, tak ada ending..
Ni pendapat aku je... lain orang, lain citarasanya...
No comments:
Post a Comment