Forever love

Forever love

Monday, August 26, 2013

Review PAKU PONTIANAK

Salam 1 Malaysia... Pada hari ahad lepas, 25.08.2013 jam 5:00 petang, aku, suami, kawan suami dan isterinya, kami berempat menonton PAKU PONTIANAK.. Sebab aku ni suka menonton cerita seram, so aku buat keputusan nak tengok cerita ni. Hasilnya... Amat mengecewakan...

Sinopsis PAKU PONTIANAK

Filem arahan Ismail Bob Hashim ini melihatkan gandingan pertama kali Pekin Ibrahim bersama Uqasha Senrose di samping Hidayah Samsudin dan Along Eyzendy. Paku Pontianak berkisarkan Adam dan keluarganya menyuruh Melati tinggal bersama mereka selepas Melati dilanggar dalam satu kemalangan. Gadis yang bernama Melati itu menghidap amnesia dan lupa ingatan. Namun, kedatangannya di situ telah menyebabkan pelbagai kejadian misteri berlaku. Mungkin juga kisah silam Melati menghantui hidupnya. 

PERSOALAN???

1- Siapa sebenarnya PONTIANAK?
2- Kenapa cerita seram di MALAYSIA ni, tak reti nak selitkan unsur KEAGAMAAN?

Bagi aku yang memang penggemar cerita seram, kecewa sangat2 dengan filem ni... Kepada ISMAIL BOB HASHIM, janganlah buat cerita seram yang ada tanda tanya... Erti kata lain, tak ada ending.. 

Ni pendapat aku je... lain orang, lain citarasanya...

Wednesday, August 21, 2013

JANIN EMAS - Ko-Mun- Thong

JANIN EMAS... Tajuk dah seram... Tapi jalan cerita... Bagiku sebagai seorang ISLAM, cerita ni seolah-olah orang ISLAM buta hatinya. Contoh, Amran ( Amar Asyraf ) sebagai ketua keluarga yang tak bimbing isteri dan anak mengenai ISLAM, masuk ke alam ghaib, dengan rasa takut. Lupakah penulis skrip, amalan zikir, ayat kursi. Di situ dah nampak kelemahannya. Sayang seribu kali sayang... Jalan cerita cantik... Tapi tak menonjolkan bab keagamaan. Doktor pula bagi no telefon orang yang bukan agama ISLAM, untuk membantu. Lebih teruk tunjukkan yang pihak ustaz yang lemah.

Nak buat cerita seram, banyak yang kena dipertimbangkan. Bukan ikut suka hati. Sangat kecewa sebab cerita ni unsur keagamaan diketepikan...