Forever love

Forever love

Saturday, October 26, 2013

Review Novel ANDAINYA BUKAN UNTUKKU: SYA RYANNA

This is my novel... Yeay... Jalan cerita yang aku suka hingga merentap-rentap jiwa bila baca...

Sinopsis

Dania diperangkap oleh rakannya sendiri yang menyebabkan dia dan peguam muda yang mengendalikan urusan harta keluarganya, Faeiz dinikahkan. Demi menutup malu, Tahir (abang Dania) memutuskan untuk mengusir Dania keluar dari rumahnya. Maka, hiduplah Dania dan Faeiz dengan cara masing-masing.

Faeiz kemudiannya berkeputusan untuk menghantar Dania tinggal bersama Ilyana, kekasihnya tanpa ketahuan Ilyana yang Dania itu adalah isteri Fariez. Rahsia tersebut terbongkar apabila Dania mengundur diri dan terus menghilangkan diri tanpa khabar berita. Niatnya hanya untuk memberi laluan kepada Ilyana yang dirasakan lebih layak untuk membina mahligai bahagia bersama Faeiz. Namun, Faeiz tidak pernah bahagia meskipun perkahwinannya dengan Ilyana terbina memang atas kehendaknya dan bersama wanita pilihannya. Fariez rasa amat bersalah kepada Dania. Sementelah dia tidak berjaya mencari Dania untuk membetulkan semula keadaan mereka.

Bertahun kemudian, Dania dan Faeiz bertemu semula. Pada waktu itu, Firdauz dan Qaseh Rania sudah pun wujud dalam hidup Dania.

Jalan cerita yang seronok... Respect pada Dania, sebab berjaya membesarkan anak sendiri di negara orang... Dah nama pun jodoh... Memang tak ke mana....

Dear Sya Ryanna, teruskan berkarya...



REVIEW NOVEL CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG: AIRISZ

Review kali ini amat pelik, sebab untuk kali pertamanya aku bagi komen tentang novel... So, sebab novel ni adalah novel pertama suamiku beli sendiri, aku pun tumpang baca...

Sinopsis

Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.
Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.
            Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap,
                “Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”
            Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”
            Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?
Aku nak ucapkan syabas kepada Airisz... Novel anda memang bagus sampai buat suami saya sanggup baca sampai habis sampai pukul 4pagi!!!. Anyway, novel anda lagi 1 yang bertajuk Cik Blur dan Encik Ikhlas, suami saya pun dah habis baca... Sampai suami saya cakap, "Sayang, nanti kita cari lagi novel Airisz". Really unexpected... Suami saya dah jadi peminat setia anda.... Teruskan berkarya..



Tuesday, October 22, 2013

Review Vikingdom

Filem Vikingdom dihasilkan daripada zaman pertarungan besi yang telah membawa pertembungan antara sejarah dan mitos maka terhasillah “Vikingdom”. Diterajui oleh bintang-bintang aksi terkenal daripada Hollywood dan berkonsepkan aksi pengembaraan yang memaparkan elemen sejarah beserta mitos Viking diperkayakan dengan aksi pertarungan seni dan di perindahkan dengan garapan visual efek yang menunjukkan keadaan sebenar di zaman itu. Vikingdom penuh dengan elemen teknik produksi CGI dan 3 Dimensi (3D).
Kisah bermula dengan kehadiran kapal-kapal Viking di Lindisfarne yang diketuai oleh Thor, untuk menawan tentera purbakala sebagai hamba mereka. Thor harus dihapuskan dan hanya seorang wira yang memiliki kuasa kebal yan boleh melawannya iaitu Eirick dari Jomberg. Eirick ialah seorang pemburu yang biasa dengan hidupan liar dan alam sekitar. Berita tentang serangan Thor disampaikan oleh Frey kepada Eirick untuk menghakang Thor daripada berjumpa dengan Horns of Odin dari Gate of Souls. Frey juga meminta Eirick mengetuai angkatan tentera Jomsberg Viking untuk menentang Thor yang bersekutu dengan Trondelag Kings.
Eirick diiringi oleh teman baiknya iaitu Sven dan Yang, hamba Cina berikrar sanggup mati demi Eirick. Pengembaraan mereka bermula dengan pencarian Horn of Odin dan kemudiannya menentang angkatan tentera pimpinan Thor.
Teknik pembikinan filem Vikingdom ada persamaan dengan filem 300 di mana penggambaran dilakukan di dalam studio pentas bunyi dengan kegunaan teknik CGI bagi menghidupkan suasana “surreal” bagi filem aksi ini.
Turut menampilkan penampilan istimewa barisan pelakon “VIKINGDOM”.
Norman Abdul Halim, Edry Abdul Halim
Yusry Abd Halim (Pengarah)
Barisan pelakon bertaraf Hollywod seperti Dominic Purcell (Prison Break), Natassia Malthe (Dead Or Alive), Jon Foo (Tekken), Craig Fairbrass (Cliffhanger) & Conan Stevens (Game of Thrones).
Bagi pendapatku, ini adalah cubaan berani yang cuba KRU tampilkan.. Bak kata Tun Dr. Mahathir, kumpulan KRU adalah generasi 2020... Siapa sangka anak melayu kita sendiri keberanian melaksanakan filem sedemikian.. Dan apa yang menarik, filem ini 100% di MALAYSIA.. Saya sejak 5tahun merupakan peminat tegar KRU... Harapan saya adalah agar KRU tak berhenti membikin filem seperti ini... 





Thursday, October 3, 2013

BAPA ROGOL ANAK???!!

Salam 1 Malaysia... Kes bapa rogol anak di zaman sekarang, semakin teruk sangat... Wajarkah beliau kita angkat martabatnya sebagai seorang bapa??? Bagi pendapat peribadiku, golongan seperti ini lagi teruk dari binatang buas... Syukur alhamdulillah, aku punyai keluarga yang sempurna dalam hidup ku... Berikutan berita terbaru mengenai bapa rogol anak...

KUALA TERENGGANU – Seorang bapa bernafsu binatang apabila tergamak melepaskan nafsu serakah ke atas anak kandungnya sejak mangsa berusia 6 tahun dan berterusan sehingga mangsa kini berusia 18 tahun, dalam kejadian di Kampung Padang Tapong, Jerteh, Besut.
Menurut sumber, perbuatan jijik bapa berusia 42 tahun ke atas anak sulung daripada lapan beradik itu terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian menimpa dirinya kepada guru kaunseling di sekolah, selepas dirogol lagi pada 21 Ogos lalu.
“Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berada di rumah telah diajak bapanya ke ladang kelapa sawit berhampiran dan tanpa menyimpan syak, mangsa hanya mengikut arahan.
“Setibanya di situ, mangsa dipaksa memuaskan nafsu bapanya, bagaimanapun, pada mulanya mangsa cuba melawan tetapi tidak berdaya sebelum dirogol oleh bapa sendiri buat ke sekian kalinya,” katanya, semalam.
Sumber berkata, mangsa yang juga calon STPM mengambil keputusan membongkar segala perbuatan keji bapanya selama ini kerana dipercayai sudah tidak tahan lagi menjadi ‘hamba seks’ kepada lelaki itu.
“Mangsa mendakwa menjadi hamba seks bapanya sejak tadika lagi dan disebabkan takut diapa-apakan oleh bapanya kerana sering diugut, mangsa mengambil keputusan berdiam diri dan tidak menceritakan kepada ibunya selama ini,” katanya.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, Majistret Noradila Ab Latiff membenarkan lelaki yang bekerja sendiri itu direman selama tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram. – RUBIAH OMAR/Sinar Harian
Lagi berita...

Nafsu bila menggila dah tak kira halal haram lagi. Begitulah yang terjadi pada Wiwik, akibat seluar dalam yang dipakainya berlubang, betul-betul di bahagian ’sulit’, beliau menjadi mangsa kerakusan bapa tirinya.

Begitulah kretifnya Sumiadi (bapa tiri), lantaran fikirannya hanya terarah kepada seks, takkala terpandang seluar dalam anak tirinya berlubang nafsu jantannya terus bangkit dan anak gadis ini yang ketika itu berumur 17 tahun terus diragut kegadisannya.

Setiap peluang yang ada, dia akan mengheret anak tirinya ke bilik tidur untuk berhubungan seks. Lebih-lebih lagi Wiwik tidak banyak cakap, hanya menurut saja atas segala perilaku biadab si ayah tiri. Apa lagi Sumiadi memang pernah mengugut anak tirinya itu. “Kalau kamu cerita, aku bikin gila sama kamu!” kata ayah tiri penuh ugutan.

Hairannya, diperlakukan tidak senonoh semacam itu Wiwik tidak melawan, bahkan seperti menikmati dan merelakan apa yang dilakukan oleh bapa tirinya.

Skandal ini berlaku sejak 3 tahun lalu, hubungan sulit anak dan bapa tiri ini tidak pernah terbongkar sehinggalah si ibu mengesyaki hubungan terlarang Sumiadi (58) dan anaknya, lantas membuat laporan polis.

Dalam pemeriksaan Wiwik mengakui disetubuhi ayah tirinya sejak 3 tahun lalu. Berapa kali mereka berbuat, tak ingat lagi, kerana begitu kerapnya. Yang jelas, minima seminggu 3 kali. Sumiadi juga tak membantah keterangan anak tirinya.

Ketika ditanya pihak Polis, kenapa sanggup menoda pada anak tiri sendiri, jawab Sumiadi…“Celana dalam itu berlobang kok tepat pada garis episentrum. Bayangkan, Pak…! “Ujarnya tanpa tekanan. - Borak Kosong
Wahai kaum bapa, sedarkah kamu yang tindakan kamu itu telah menggelapkan masa depan nak gadis kamu iaitu DARAH DAGING KAMU SENDIRI... Renung-renungkanlah... Kepada kaum IBU, jika anak kamu menjadi MANGSA pada suamimu itu, janganlah kamu mengabaikan MASA DEPAN ANAKMU ITU...