Forever love

Forever love

Wednesday, September 25, 2013

SEORANG WANITA MASUK NERAKA KERANA MENYAKITI KUCING!!!

Seseorang yang beribadah kepada Allah dengan menyendiri & kelihatan khusyu’ tidak akan membawa manfaat jika ia masih menyakiti kerabat-kerabatnya.
Jika ia masih bersikap tidak baik kepada makhluk-makhluk Allah yang lemah, meskipun terhadap makhluk yang tidak berakal sekalipun.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bersabda:
دَخَلَتِ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا فَلاَ هِيَ أَطْعَمَتْهَا وَلاَ هِيَ أَرْسَلَتْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ اْلأَرْضِ حَتَّى مَاتَتْ هَزْلاً
“Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi, sehingga mati kelaparan.” (Muttafaq ‘Alaih)
Ini adalah kisah wanita Himyariyah Israiliyah yang mengurung seekor kucing, tetapi dia tidak memberinya makan dan minum hingga kucing itu mati kerana kelaparan dan kehausan.
Ini menunjukkan keras dan kejamnya tabiat wanita itu, betapa buruk akhlaknya, dan tiadanya belas kasih di hatinya. Dia sengaja menyakiti. Jika di hatinya terdapat belas kasihan, nescaya dia melepaskan kucing itu. Dan sepertinya dia mengurungnya sepanjang siang dan malam. Ia merasakan haus dan lapar dengan suara yang sayu meminta bantuan dan pertolongan. Suara dengan ciri tersendiri yang dikenal oleh orang-orang yang mengenal suara. Akan tetapi, hati wanita ini telah membatu dan tidak terketuk oleh suara pilu kucing itu. Dia tidak menghiraukan harapan dan impiannya. Suara itu melemah, lalu seterusnya menghilang. Kucing itu mati. Ia mengadu kepada Tuhannya tentang kezaliman manusia yang hatinya keras dan membatu.
Perbuatan ini telah mencelakakan wanita tersebut, sehingga dia masuk Neraka. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melihat kucing itu memburu wanita yang menahannya di Neraka. Bekas-bekas cakaran tergores di wajah dan tubuhnya. Beliau melihat itu manakala Surga dan Neraka diperlihatkan kepadanya pada saat shalat gerhana.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melihat kucing itu memburu wanita yang menahannya di Neraka.
Bekas-bekas cakaran tergores di wajah dan tubuhnya.
Allah memasukkan wanita tersebut ke dalam neraka kerana telah menzalimi makhluk Allah & tidak melaksanakan perintah Allah berupa berbuat baik kepada makhluk-makhluk-Nya.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إنَّ الله كَتَبَ الإحسّانَ على كُلِّ شيءٍ، فإذَا قَتَلْتُم فَأَحْسِنُوا القِتْلَة ، وإذا ذَبَحْتُم فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ ، وليُحِدَّ أحدُكُمْ شَفْرَتَهُ ، ولْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
“Sesungguhnya Allah telah menetapkan perbuatan baik (ihsan) atas segala sesuatu. Jika kalian membunuh maka berlakulah baik dalam hal tersebut. Jika kalian menyembelih berlakulah baik dalam hal itu, hendaklah kalian menajamkan pisaunya dan menyenangkan haiwan sembelihan kalian.” (HR. Muslim)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyampaikan kepada kita bahwa kita meraih pahala dengan berbuat baik kepada binatang. Jika dia enggan memberinya makan yang menjaganya, maka dia harus melepasnya dan membiarkannya bebas di bumi Allah yang luas. Ia pasti mendapatkan makanan yang bisa menjaga hidupnya. Lebih-lebih, Allah telah menyediakan rezeki bagi kucing tersebut dari sisa-sisa makanan orang, begitu pula serangga-serangga yang ditangkapnya.
Aku seorang penggemar kucing, dan aku sayang sangat dekat kucing... Bagiku, terapi untuk menahan kemarahan adalah dengan membelai kucing... 

Bulat


Chanteq


Tompok

Namun kesemua kucing2ku, hanya dalam kenangan... Tompok telah mati.. Sakitnya ku tidak tahu.. Dia mati depan mataku... Chantek dan bulat entah hilang kemana lepas aku lepaskan mereka di pasar sg rambai... Tapi aku yakin, yang kucing2 ku masih lagi hidup... 

Wednesday, September 4, 2013

Pembantu Tadbir Rintis...

Ini adalah article yang aku copy paste dari Utusan Malaysia online... Kenapa aku copy paste??? Sebab jawatan ni berkaitan periuk nasi ku juga... Harap2 ia menjadi kenyataan... Amin..

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Sebanyak 10,000 jawatan pembantu pentadbiran akan diwujudkan di sekolah-sekolah seluruh negara bagi membantu meringankan beban guru dalam menjalankan tanggungjawab pentadbiran.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rancangan yang merupakan sebahagian daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
"Memang guru ada terasa beban dengan kerja-kerja pentadbiran tetapi itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab guru.
"Begitupun, antara langkah untuk mengurangkan beban ini adalah setiap sekolah akan dihantar seorang Pembantu Pentadbiran dan secara keseluruhannya seramai 10,000 kakitangan akan dihantar berperingkat-peringkat," katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan Soal Jawab TV3 di sini hari ini.
Menurut Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan, pelan yang mengambil tempoh dua tahun kajian itu sememangnya memberi penekanan besar kepada soal guru yang berkualiti dan berkemahiran.
Katanya, daripada 35,000 guru Bahasa Inggeris yang gagal mencapai tahap penguasaan penuh, sebanyak 5,000 guru telah diberikan latihan dan 10,000 guru lagi akan mengikuti latihan sama.
"Tidak hanya terbatas kepada guru Bahasa Inggeris, sebanyak 410,000 guru di seluruh negara akan dinilai dalam instrumen bersepadu," katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin memberitahu, PPPM akan memberi tumpuan untuk melonjakkan bidang matematik dan sains di samping melahirkan modal insan yang berkualiti.
"Kita mahu melahirkan pelajar cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum serta ada perimbangan sahsiah diri dan budi pekerti, dengan kata lain, insan kamil yang lengkap serba-serbi," katanya.
Jelas beliau, PPPM dihasilkan menerusi pelbagai rundingan meja bulat, program hari terbuka dan telah menerima beribu-ribu memorandum daripada golongan pendidik, ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta segelintir golongan ekstrem.
"Dalam menyediakan laporan ini juga, kita mendapatkan pandangan pakar pendidikan dari Korea Selatan, Singapura dan Kanada serta pakar-pakar pendidikan tempatan," katanya.
Katanya, pelan yang mengambil tempoh kajian selama dua tahun itu meliputi segenap aspek termasuk dalam soal pendidikan vokasional, pendidikan Islam serta pendidikan khas untuk orang kurang upaya (OKU).
Tambahnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi komitmen untuk menyokong sepenuhnya PPPM 2013-2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
"Hanya dengan sokongan dan penglibatan semua pihak, baru kita dapat melihat hasil pelan ini dan dalam tempoh 13 tahun ini harus ada penambahbaikan dalam bidang pendidikan yang setara dengan negara-negara maju," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130905/dn_01/Pembantu-pentadbiran-diwujudkan#ixzz2dygdncwk
© Utusan Melayu (M) Bhd