Forever love

Forever love

Monday, October 4, 2010

RAHSIA TARIKH LAHIR....

1. KETULENAN
*Hadir dengan ide baru
*Memproleh sesuatu dengan cara tersendiri
*Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi
*Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasaannya adalah pemimpin atau bos

2. PENDAMAI
*Dilahirkan sebagai diplomat
*Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri
*Secara semula jadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati
*Mereka tidak suka bersendirian
*Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup, tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi
*Golongan ini secara semula jadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung

3.CERIA
*Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik, dan mudah dibawa berunding
*Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya
*Mereka suka orang lain bergembira, dan sanggup melakukan apa saja untuk mencapainya
*Mereka sangat popular dan idealistik
*Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan realistik

4.KONSERVATIF
*Golongan ini sangat peka dan tradisional
*Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin
*Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan
*Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan kerja secara sendirian
*Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar
*Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan ada kala dianggap degil
*Mereka harus belajar untuk lebih fleksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri

5. PERINTIS
*Mereka adalah perintis
*Secara semula jadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat
*Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat
*Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti
*Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat kesimpulan

6.ROMANTIK
*Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira
*Hubungan kekeluargaan yang kuat adalah penting buat mereka
*Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka
*Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang
*Mereka sangat setia dan boleh jadi guru yang terbaik
*Mereka suka seni muzik
*Merka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius
*Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya

7.INTELEKTUAL
*Golongan ini adalah pencuri. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah
*Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka
*Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan
*Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian
*Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara
*Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar
*Mereka suka sangat berahsia

8.PENYELESAIAN
*Golongan ini adalah penyelesaian masalah
*Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas
*Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan
*Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif
*Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara tersendiri bahawa mereka adalah ketua
*Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain

9.PELAKON
*Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain
*Mereka sangat penyayang dan pemurah
*Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkahwin dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka
*Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka
*Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran
*Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung pada nasib dan perasaan
*Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang

CARA KIRA RAHSIA TARIKH LAHIR
14-5-1990
14+5+1990=2009
2+0+0+9=11
1+1=2-NI RAHSIA TARIKH LAHIR

Saturday, October 2, 2010

Rintihan hatiku...

Aku tak mengerti,
Akan kehidupan di dunia ini,
Dengan pelbagai ragam manusia,
Yang sering memandang rendah,
Akan kehidupanku...

Aku merasakan,
Diriku amat kecil,
Dengan tidak punyai pendidikan,
Yang membanggakan,
Umpama aku tidak punyai bahagian,
Dalam dunia ini...
Aku sedih,
Aku sudah puas tangisi,
Perjalanan hidupku ini...

Ya Allah...
Apa yang harus aku lakukan?
Mengapa tiada seorang pun insan memahami,
Apa yang aku hajati?
Ya Allah...
Sesungguhnya,
Aku tidak tegar melihat insan yang aku cintai,
Sendirian berkerja mencari rezeki,
Sendirian berusaha meningkatkan ekonomi keluarga,
Aduh...
Betapa sayu hatiku ini,
Namun tiada siapa pun fahami...
Ya Allah...
Kau tabahkanlah,
Hati hambaMu ini,
Dalam menempuh ujian yang Kau beri...